Resepi Mudah Pisang Goreng Keju Berperisa Strawberi bukan sahaja sangat enak untuk dimakan tetapi menjadi antara trend terkini anak-anak muda dan golongan keluarga untuk mengisi kekosongan masa petang di samping dapat menghiasi aktiviti riadah petang. Resepi mudah dikongsikan oleh admin untuk pembaca semua agar dapat menikmati kelazatan pisang goreng keju berperisa strawberi secara mudah dan ringkas apatah lagi dapat menjimatkan kos. Ayuh para pembaca,cubalah resepi yang kami kongsikan ini. KIPIDAP.
Pisang Cheese Strawberi
Bahan yang di perlukan :
dua biji pisang yang sudah dikupas dan dipotong
tujuh puluh lima gram gula(pasir)
tiga ratus lima puluh mililiter air kosong
setengah sudu ekstrak vanila
cheese yg telah parut(boleh didapati di pasaraya)
perasa strawberi
Sebiji buah strobery(hiriskan kecil-kecil
Langkah Membuat Pisang Goreng Keju Perisa Strawberry :
Panaskan air sehingga mendidih
Tambahkan vanila dan gula serta perasa strawberi, campur dan gaulkan kesemua sehingga agak sebati.
Kemudian Masukkan buah pisang yang sudah dikupas dan dihiris tadi.
Gaulkan kembali sehingga sebati dan ratakan ke kesemua permukaan pisang.
Goreng sehingga masak(nampak kekuning kuningan).
Siapkan pinggan hidangan untuk disajikan.
Biarkan selama beberapa minit pisang yang baru diangkat(hilangkan minyak).
Taburkan cheese dan strawberi ke atas pisang yang masih panas.
No comments:
Post a Comment