Thursday, November 19, 2015

Resepi Pizza Mini Yang Mudah Dan Lembut




Pizza Mini Yang Lazat Dan Gebu ini sangat sesuai bagi golongan yang suka akan kepuasan dalam melihat hasil kerja mereka sendiri dalam menghasilkan juadah untuk diri mahupun keluarga. Pizza ini adalah makanan yang paling ringkas untuk di buat lebih-lebih lagi ketika berada di rumah kerana boleh dijadikan santapan yang enak. Bahan-bahan yang digunakan agak mudah untuk didapati di pasaraya berdekatan. Oleh disebabkan admin suka akan Pizza Mini ini, admin akan berkongsi sedikit ilmu untuk para pembaca yang sukakan cabaran dalam membuat masakan. Selamat mencuba :).

Pizza Gebu
Pizza Mini Mudah

Adunan Pizza Mini Yang Lazat :


  1. Lapan ratus gram Tepung Terigu Cakra(mana-mana tepung)
  2. Dua ratus gram Tepung Terigu Biru Segitiga
  3. Dua puluh gram Ragi Instan
  4. Empat ratus lima puluh mililiter air masak
  5. Dua ratus dua puluh lima gram Gula
  6. Lima belas gram Garam
  7. Enam puluh gram susu(Susu Skim)
  8. Seratus lapan puluh gram Margarine
  9. Tiga gram baking powder
  10. Empat biji Telur Kuning
  11. Satu biji Telur putih


Cara Membuat Mini Pizza :


  1. masukkan kesemua bahan kering
  2. Gaulkan telur dan air sehingga adunan menjadi sebati.
  3. Masukkan majerine dan gaulkan sehingga menjati rata
  4. simpan selama sepuluh minute
  5. Ambil adunan lima puluh gram (sukat) lalu bentukkan(bulat-bulat).
  6. Biarkan adunan selama sepuluh minute
  7. Jika adunan sudah kembang,bentukkan seperti bentuk pizza saiz mini
  8. Susun di bekas besi yang sudah disapu majerin
  9. biarkan adunan selama sembilan puluh menite sehingga adunan menjadi kembang
  10. Masukkan didalam oven dengan suhu seratus sembilan puluh darjah celsius selama sepuluh minit
  11. toppingkannya , parutkanan keju dan taburkan dengan kesesuaian selera
  12. biarkan di dalam oven lagi sehingga mengembang selama sepuluh minute
  13. Angkat dan sedia untuk Dihidangkan

No comments:

Post a Comment