Tuesday, November 10, 2015

Resepi Pisang Goreng Keju Strawberi Kipidap

Resepi Mudah Pisang Goreng Keju Berperisa Strawberi bukan sahaja sangat enak untuk dimakan tetapi menjadi antara trend terkini anak-anak muda dan golongan keluarga untuk mengisi kekosongan masa petang di samping dapat menghiasi aktiviti riadah petang. Resepi mudah dikongsikan oleh admin untuk pembaca semua agar dapat menikmati kelazatan pisang goreng keju berperisa strawberi secara mudah dan ringkas apatah lagi dapat menjimatkan kos. Ayuh para pembaca,cubalah resepi yang kami kongsikan ini. KIPIDAP.



Pisang Goreng Cheese Yang Mudah
Pisang Cheese Strawberi


Bahan yang di perlukan :

  • dua biji pisang yang sudah dikupas dan dipotong
  • tujuh puluh lima gram gula(pasir)
  • tiga ratus lima puluh  mililiter air kosong
  • setengah sudu ekstrak vanila
  • cheese yg telah parut(boleh didapati di pasaraya)
  • perasa strawberi
  • Sebiji buah strobery(hiriskan kecil-kecil

Langkah Membuat Pisang Goreng Keju Perisa Strawberry :

  • Panaskan air sehingga mendidih
  • Tambahkan vanila dan gula serta perasa strawberi, campur dan gaulkan kesemua sehingga agak sebati.
  • Kemudian Masukkan buah pisang yang sudah dikupas dan dihiris tadi.
  • Gaulkan kembali sehingga sebati dan ratakan ke kesemua permukaan pisang.
  • Goreng sehingga masak(nampak kekuning kuningan).
  • Siapkan pinggan hidangan untuk disajikan.
  • Biarkan selama beberapa minit pisang yang baru diangkat(hilangkan minyak).
  • Taburkan cheese dan strawberi ke atas pisang yang masih panas.
  • Sajikan.

No comments:

Post a Comment